Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

SPRM Dan Kerajaan Malaysia Diarah Bayar RM600,000 Kepada Keluarga Teoh Beng Hock

12 Mei 2015
No Comment


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah mengarahkan Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membayar wang tunai sebanyak RM600,000 kepada keluarga Teoh Beng Hock sebagai ganti rugi.

Memetik laporan Astro Awani, Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo berkata pihak defenden, iaitu Kerajaan Malaysia, SPRM dan 10 anggotanya, turut diarahkan membayar RM60,000 sebagai kos.

Pihak defendan telah bersetuju untuk membayar jumlah yang diarahkan itu dan keluarga Teoh telah bersetuju dengannya namun menurut peguam tersebut keluarga Teoh masih mahu individu yang bertanggungjawab di atas kematiannya didakwa di mahkamah.

Ini merupakan kemenangan besar kepada keluarga Teoh. Selepas enam tahun bertempuran di persada undang-undang, mereka kini mempunyai pengakuan SPRM dan kerajaan bahawa mereka bertanggungjawab untuk kematiannya.

"Kami akan terus mendesak polis bertindak dalam kes ini. Kami sudah melakukan segala apa yng mungkin dari segi undang-undang. Sekarang terpulang kepada polis untuk melakukan apa yang perlu dan kami tidak akan berhenti berjuang demi keadilan untuk Teoh," kata Gobind di dalam satu kenyataan.

Teoh sebelum ini telah menggemparkan orang ramai apabila mayatnya ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, yang sebelum ini menempatkan ibu pejabat SPRM, pada pagi 16 Julai 2009. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "