Seorang Lelaki Cuba Membunuh Diri Kerana Terpaksa Tutup Perniagaan Akibat Tekanan GST
Seorang ahli perniagaan Dilaporkan cuba membunuh diri apabila tertekan dengan penutupan kedai miliknya akibat tertekan dengan pelaksanaan Cukai Barang dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan bermula1 April bulan lalu.
Menurut sebuah akhbar berbahasa Cina, China Press hari ini, lelaki yang dikenali sebagai Tan Huo Ming dari Teluk Intan, Perak itu menghadapi tekanan dalam hidupnya selepas perniagaan kedai terpaksa ditutup.
Sebelum itu, Huo Ming dikatakan sudah beberapa kali mengadu kepada keluarganya bahawa beliau tidak mahir merekod transaksi GST di kedai beliau
"Pada awalnya Tan berbelah bagi sama ada mahu meneruskan perniagaan atau menutupnya. Selepas dipujuk ahli keluarga dia akhirnya bersetuju menutup kedai itu hari ini," lapor akhbar berkenaan.
Dalam kejadian tersebut,Huo Ming dilaporkan telah memanjat pagar rumah jirannya untuk menyerahkan sejumlah wang sebelum bertindak menelan racun.
Dikatakan jirannya cuba menghalang tindakan Hou Ming tersebut namun gagal apabila dia dikatakan kembali kerumah dan mengunci pintu.
Lapor akhbar itu lagi, Hou Ming bukan sahaja meminum racun sebaliknya turut memecahkan kaca dan mengelar tangannya.
Jirannya cuba memujuk tetapi tidak dilayan oleh lelaki tersebut dengan meminta meninggalkannya sehingga dia mati.
Bagaimanapun jirannya itu telah meminta tolong jiran lain memecahkan pintu rumah Hou Ming dan mendapatkan dia yang dikatakan dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.
Menurut cerita anak perempuannya,ayahnya itu mula tertekan apabila GST mula dilaksanakan April lalu. Ibunya yang merupakan isteri Hou Ming dikatakan berjaya memujuk suaminya itu menutup kedai tersebut namun keputusan itu dikatakan terlalu berat menyebabkan Hou Ming bertindak demikian. - Siakapkeli.my