Hadi Awang Setuju Wan Azizah Dilantik Sebagai Ketua Pembangkang Baru Di Parlimen
Parti Islam Semalaysia (PAS) yang mengadakan mesyuarat sabtu lalu dikatakan telah sebulat suara setuju untuk melantik Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Sri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang yang baru di Parlimen.
Memetik laporan Harakahdaily, Perkara ini disampaikan oleh Ketua Whip PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata keputusan itu dibuat oleh presiden parti Islam tersebut iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas mesyuarat kelmarin.
"Cadangan presiden PAS itu untuk serahkan kepada parti yang mempunyai majoriti dan sudah tentu DAP."
"Namun pendirian DAP untuk menyerahkan kerusi itu kepada PKR, kita setuju cadangan tersebut dan menyerahkannya kepada ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Wan Aziah Ismail.” katanya.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kini telah kembali memegang kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah memenangi PRK dengan majoriti undian sebanyak 8,841 undi baru-baru ini. - Siakapkeli.my