Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Selfie Atas Pentas Konvo, Siswa UiTM Ditegur Pro Canselor

17 Mei 2015

SHAH ALAM: Tindakan Mohd Hasrul yang 'berselfie' di atas pentas ketika Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-82 disifatkan sebagai melanggari protokol universiti.

Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr Arshad Ayub berkata demikian memetik kenyataannya di alumniuitm.org.

"Saya menegaskan bahawa 'decorum' ataupun ketertiban amatlah perlu bagi warga UiTM dan menolak sepenuhnya budaya tersebut," ujarnya tegas.


Menjelaskan kejadian itu, Arshad ada menyuruh siswa berkenaan mengulangi semula tertib menerima skrol di atas pentas dengan menyuruhnya berundur beberapa langkah, sebagai tanda menghormati majlis.

Selfie berkenaan sejak beberapa hari lalu tersebar meluas di laman-laman sosial.

Walaupun ada juga memuji keberanian Mohd Hasrul, namun ramai juga yang mengkritik perbuatan berkenaan dengan mengingatkan majlis konvokesyen adalah sebuah majlis yang formal dan berprotokol, -Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "