SETIU: Seorang pelajar tahfiz yang baru sahaja tiga bulan menuntut ilmu lebam dan luka di bahagian belakang badannya selepas dipukul oleh ustaz.
Kejadian itu didakwa berlaku hanya kerana pelajar berkenaan tidak hadir ke kelas Al-Quran pada sebelah pagi kerana pergi menunaikan solat Subuh di sebuah masjid yang terletak berdekatan dengan pusat pengajian tahfiz.
Pihak polis telahpun mengambil keterangan mangsa, termasuk bukti kecederaan yang dialaminya.
“Kita juga telah ke pusat Tahfiz berkenaan untuk mengesan barang kes serta ustaz tersebut dan siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan,” demikian menurut Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Ab Rahman Raja Mohamad, sebagaimana yang dilaporkan oleh The Rakyat Post.
Kes tersebut disiasat dibawah seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Berdasarkan keterangan, akibat gagal hadir ke kelas Al-Quran, mangsa dirotan di hadapan rakan-rakannya yang lain. -Siakapkeli.my