Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tun Razak Tubuhkan Umno, Anaknya Pula Hendak Tanam Umno - Dr Mahathir

17 Mei 2015
No Comment


Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad kali ini telah tampil membuat satu lagi teguran yang amat pedas kepada kepimpinan Dato Seri Najib Tun Razak.

Beliau kali ini meyalahkan kesilapan pentadbiran Najib akan menyebabkan kekalahan Umno dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang dan dia mengakui salah seorang pengasas Umno ialah bapa Najib, iaitu Tun Abdul Razak .

Tun M berkata dia tidak sanggup melihat Umno tewas di dalam piliharaya umum yang akan datang di bawah pimpinan Najib dan mencadangkan kepimpinan lain di dalam parti itu perlu melakukan sesuatu menyelamatkan parti.

"Banyak sangat kesalahan Najib yang saya hendak cerita ini, dan saya yakin penuh kalau dia pimpin, dia akan kalah. Apabila kalah, hendak pulih balik Umno, saya fikir tamatlah.

"Bapanya tubuh Umno, anaknya nak tanam Umno," katanya dalam satu forum di Ipoh.

Beliau juga berkata, berdasarkan perhitungannya yang mendalam, Barisan Nasional (BN) akan tumbang dalam PRU nanti jika UMNO dan Barisan Nasional masih dibawah kepimpinan Najib kerana rakyat semakin hari semakin ramai hilang kepercayaan kepadanya.

Tun M juga menegaskan cara pendekatan Najib dan bapanya amat berbeza kerana pada zaman Tun Razak dulu orang melayu mula memberi sokongan kuat kepada UMNO.

Dia jadikan Umno satu organisasi yang buruk, orang tidak suka. Banyak orang muda sekarang ini tak nak jadi ahli Umno pun.

“Dia tidak boleh baca perasaan rakyat sebab dia tidak berdamping macam bapa dia dulu. Bapa dia dulu pergi ke kampung-kampung. Dia (Najib) tidak jumpa. Kalau nak, jumpa ketua bahagian. Panggil ketua bahagian cerita karut-karut, lepas itu ketua bahagian sokong.

“Sebab itu, Umno perlu gugurkan Najib. Ini tanggungjawab. Umno yang berjuang untuk bangsa, agama dan negara tidak boleh membiarkan sokongan kepada individu menidakkan kepada sokongan kepada bangsa, agama dan negara,” katanya dipetik The Malaysian Insider. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "