Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hanya Shabery Boleh Buat Pengumuman Isu Topup, Najib arah guna Twitter

1 Mei 2015
No Comment


Putrajaya, 1 Mei - Perdana Menteri, Najib Razak mahukan isu tambah nilai atau topup diselesaikan segera melalui satu tweet yang dimuat naik di akaun Twitter rasmi beliau.

Menurut tweet tersebut, beliau meminta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek untuk mengawal isu tersebut serta mahukan sebarang pengumuman tentang isu itu hanya melalui KKMM sahaja.


Arahan ini berikutan beberapa ketidakpastian dalam isu tambah nilai dimana setelah pelaksanaan cukai GST, harga tambah nilai telah dinaikkan sebanyak 6%.


Setelah kenaikan tersebut, beberapa percanggahan maklumat telah berlaku menyebabkan rata-rata pengguna tambah nilai merungut tentang perkara itu.

Pada Jumaat lepas, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengeru tindakan syarikat telco dalam negara agar menurunkan kembali harga topup kepada harga asal seperti sebelum GST.

Menurutnya, sepatutnya tiada kenaikan pada harga topup berikutan cukai 6% cukai GST menggantikan 6% cukai SST. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "