Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pemandu Sebabkan Empat Sekeluarga Rentung Ditahan Reman Empat Hari

25 Mei 2015
No Comment


Kuala Terengganu: Seorang pemandu lori yang menyebabkan empat sekelaurga rentung dalam satu kemalangan di Kilometer 386.6 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)  semalam telah direman selama empat hari, hari ini.

Majistret Rozianti Mohamad Hanaphi membenarkan suspek berusia 35 tahun direman selama empat hari untuk disoal siasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dan memandu secara merbahaya.

Suspek dikatakan berasal dari Labis, Johor telah tiba diperkarangan Kompleks Mahkamah Tinggi, Sesyen dan Majistret Kuala Terengganu pada 11.40 pagi.

Semalam. kira-kira jalm 4.30 petang, empat mangsa termasuk dua kanak-kanak rentung manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki enam sekeluarga itu terbakar akibat dirempuh sebuah lori kargo.

Bagaimanapun, dua lagi penumpang berjaya menyelamatkan diri kerana berada di luar kereta ketika rempuhan berlaku, namun seorang daripada mereka dilaporkan cedera parah.

Sebelum kejadian. kereta yang dinaiki mangsa dikatakan telah berhenti ditepi jalan selepas mengalami kerosakan sebelum dirempuh lori dipandu suspek. - Siakapkeli.my



Kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur, Terengganu ke Ajil semalam.Menurut penceritaan dalam video, pemandu lori sempat keluar manakala ada yang terperangkap dalam kereta
Posted by Siakap Keli on Monday, May 25, 2015

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "