Mamat Labur RM500 Ribu Untuk Anjurkan Konsert Jelajah Rock
Rupanya dalam diam-diam Mamat yang merupakan bekas ahli kumpulan pelawak Sepaj sudah pun memiliki sebuah syarikat sendiri yang dikenali sebagai Ideart Creativio.
Dikatakan menerusi syarikatnya itu, Mamat telah melaburkan sebanya RM500,000 untuk menjayakan konsert Rock Lagenda (Jelajah Rock).
Konsert Jelajah Rock itu akan menjelajah ke lima buah negeri seluruh negara iaitu Sarawak, Perak, Pahang, Johor dan Selangor.
Konsert Jelajah Rock ini bakal menampilkan barisan lagenda rock tersohor negara termasuk Datuk Ramli Sarip, Awie, Ella, Mus (May) dan gitaris Man Kidal.
Menurut mamat, dia menganjurkan konsert tersebut kerana amat meminati lagu rock sejak dari ekcil lagi.
“Kos keseluruhan untuk melaksanakan konsert ini RM500,000. Bagaimanapun, saya yakin dengan penampilan lima lagenda hebat, konsert ini akan mendapat sambutan ramai.
"Sejak dulu lagi saya memang bercita-cita nak buka syarikat dan anjurkan. Saya laburkan duit simpanan saya dan mendapat bantuan keluarga untuk mengusahakan penubuhan syarikat dan projek konsert ini.
"Sebenarnya, selama ini saya banyak pergi ke konsert artis tempatan dan daripada situ saya buat pemerhatian dan 'curi' ilmu dan belajar selok belok bagaimana mahu menganjurkan sebuah konsert.
Menurut Mamat dalam menceburi bidang ini dia mendapat bantuan daripada rakan-rakan dan orang-orang berpengalaman dalam bidang ini.
"Segala urusan saya buat sendiri termasuklah saya sendiri yang berjumpa dengan lagenda-lagenda ini dan menawarkan kepada mereka.
"Alhamdulillah, walaupun mereka sibuk dan saya tahu memang susah mahu mengumpulkan mereka berlima tetapi mereka bersetuju memberikan kerjasama dan menjayakan konsert ini," kata dipetik malaysiandigest.
Kepada peminat yang mahu menyaksiakan legenda-lagenda rock ini beraksi bolehlah membeli tiket anda di ticket2u.biz - Siakapekli.my