Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

OKU Hanya Perlu Tunjuk Sijil Berdaftar Untuk Pelepasan GST Dalam Pembelian Alatan Bantuan

12 Mei 2015
No Comment


PUTRAJAYA: Kepada semua mereka yang tergolong dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU) jika ingin membeli sebarang alatan bantuan bolehlah menunjukkan sijil yang dikeluarkan badan kebajikan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapat pelepasan GST.

Perkara ini disahkan oleh Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk T Subromaniam dimana belia berkata alat bantuan eperti kerusi roda,tongkat, kasut khas dan alat bantuan penglihatan sememangnya dikenakan GST.

"Tetapi OKU boleh mendapatkan pelepasan dengan menunjukkan sijil berkenaan kepada peniaga untuk menikmati kemudahan itu.

"Dalam Akta GST memang ada peruntukan ini tetapi ada yang tidak sedar jadi peniaga juga perlu peka mengenai perkara ini dengan memberikan pelepasan sekiranya ada OKU mengemukakan sijil berkenaan ketika membeli peralatan terbabit," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Selian itu GST tidak akan terpakai dalam pembelian untuk bekalan kerajaan persekutuan dan negeri tetapi dikenakan untuk mereka yang menjalankan aktiviti perniagaan alatan-alatan ini - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "