Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gara-gara Memaki Seorang Polis Trafik, Keith Foo Didenda RM100

25 Mei 2015


KUALA LUMPUR: Gara-gara memaki seorang polis trafik, pelakon terkenal Keith Foo didenda RM100 selepas mengaku salah atas perbuatannya pada 15 Mac lalu.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Nur A'minahtul Mardiah Md Nor. Jika gagal membayar denda, Keith bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 10 hari.

Memetik Harian Metro hari ini, pelakon yang popular dengan drama bersiri Ariana Rose itu didakwa memaki dan mengeluarkan kata kesat dan tidak sopan terhadap seorang anggota polis seperti 'Kau siapa, kau ingat kau polis besar sangatkah bodoh'.

Keith didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Davis ketika jam 4.30 pagi. — Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "