Leuniey Selar Orang Kritik Prestasi Suaminya Dalam Final Piala FA
Gara-gara kekalahan pasukan Kelantan 3-1 ditangan LionsXII pada sabtu lalu, dilihat ramai peminat yang tidak dapat menerima kenyataan telah menyalahkan permain terutamanya Apek.
Mungkin kerana agak terasa dengan kritikan sesetengah pihak tersebut, isteri kepada Apek atau Khairul Fahmi Che Met yang merupakan penjaga gol pasukan Kelantan, Leuniey, telah tampil meluahkan rasanya.
Leuniey menerusi laman Instagram menyelar tindakan orang yang mengkritik suaminya kerana tindakan mereka dikatakan cuba menjatuhkannya, bukan kritikan yang bersifat positif.
Luahan Leuniey di Instagram tersebut berbunyi, “Menang kamu sanjung-sanjung beliau dan bila kalah kamu maki-maki beliau, dia hanya seorang insan yang biasa pada mata saya, seorang insan yang cukup berjaya dan Alhamdulillah banyak berjasa untuk negara.”
Betul juga apa yang dikatakan oleh Leuniey, apabila diliha dalam arena bola sepak Malaysia, apabila sesebuah pasukan menang pasti akan ramai menyanjung, tapi bila sebuah pasukan kalah atau jatuh pasti ramai orang akan datang mengkritik mereka dan ada juga yang melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya. - Siakapkeli.my