Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mahfuz Tegur Lim Guan Eng, Berhenti Serang Presiden PAS

21 Mei 2015
No Comment


Ketua Whip Ahli Parlimen Pas,Mahfuz Omar, menegur Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengatakan Presiden Pas sebagai penghalang utama bagi membentuk kabinet bayangan Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Mahfuz, Guang Eng yang merupakan pemimpin utama di dalam parti demokratik, tidak sewajarnya melakukan serangan peribadi kepada pemimpin tertinggi parti rakan dalam PR.

"Pakatan Rakyat dibina atas semangat toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain,  di samping tidak meleburkan dasar perjuangan parti masing-masing." tegasnya.

Semalam, semua Ketua Whip DAP, PKR dan Pas telah bermesyuarat bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan berjaya mencapai kata sepakat iaitu isu kabinet bayangan PR tidak berbangkit atas faktor keutamaan perlu diberikan kepada proses mereformasikan institusi Parlimen.

Di dalam mesyuarat tersebut, setiap parti telah menghantar dua orang wakil untuk menyertai jawatankuasa yang dibentuk untuk menilai,mengkaji dan menganalisa Rancangan Malaysia ke-11 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis ini.

"Jadi lebih baik Guan Eng merujuk kepada Ketua Whip DAP, Anthony Loke dalam hal kabinet bayangan sebelum begitu sibuk menyerang orang lain."

"Saya berharap Guan Eng dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat berhenti mengeluarkan kenyataan yang menyerang antara satu sama lain kerana ia bukan sahaja akan mengeruhkan lagi ikatan hubungan PR bahkan akan memeningkan kepala rakyat yang begitu berharap akan wujudnya kerajaan baru pengganti BN-Umno pada PRU14 kelak." 

S"emua pimpinan PR perlu kembali ke meja rundingan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dengan suasana damai dan harmoni," katanya.

Selain itu, Pas juga sudah membahagikan kesemua 21 orang ahli parlimen Pas mengikut portfolio Kementerian supaya dapat dipantau isu berkaitan dengan lebih dekat.  

"Saya harap dengan tertubuhnya Jawatankuasa Reformasi Parlimen oleh PR akan menjadi medium yang terbaik untuk menambahbaik peranan institusi Parlimen Malaysia agar lebih bebas, efektif dan dihormati." katanya lagi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "