Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

TLDM, APMM Dan Mercy Bekerjasama Bantu Pelarian Rohingya - PM

21 Mei 2015


KUALA LUMPUR: Atas rasa prihatin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bekerjasama dengan Mercy Malaysia untuk membantu pelarian Rohingya yang terkandas di tengah lautan.

Pengumuman tersebut dibuat melalui laman sosial Facebooknya, semalam.

"Ia merupakan belas kasihan kemanusiaan yang asas untuk kita memastikan yang kelaparan akan diberikan makanan dan air manakala yang sakit akan dilayan dengan rawatan perubatan," kata Najib.

Rabu lalu, Malaysia bersama Indonesia menyatakan persetujuan untuk menyediakan tempat tinggal sementara kepada hampir 7,000 pelarian Rohingya.

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, kerajaan akn melakukan penghantaran pulang kesemua mangsa tersebut dalam tempoh setahun. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "