Lelaki Lolos Dari Penjara Pada 1959 Berjaya Ditangkap Setelah 56 Tahun Bebas
Ohio, 6 Mei - Seorang banduan dari Ohio yang meloloskan diri pada tahun 1959 telah berjaya ditangkap kembali setelah 56 tahun bebas, menurut pihak berkuasa Florida.
Frank Freshwater, 79, yang telah meloloskan diri dari penjara Ohio pada 1959 telah ditangkap pada hari Isnin di rumahnya yang terletak di Melbourne, Florida. Freshwater, yang sepatutnya meringkuk di dalam penjara kerana tuduhan yang berkaitan dengan pembunuhan, kini menggunakan nama lain dan bekerja sebagai pemandu trak.
Pada mulanya, Freshwater dipenjarakan di Ohio State Reformatory, tempat yang sama filem "The Shawshank Redemption" difilemkan. Dia kemudiannya dipindahkan ke penjara lain sebelum meloloskan diri tujuh bulan kemudian. - Siakapkeli.my