Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Ditangkap Bersama-sama 1,000 Biji Telur Curi Dalam Peti Ais

21 Mei 2015
No Comment

China - Seorang lelaki di sini telah ditangkap bersama 1,000 biji telur curi yang dijumpai dalam peti ais rumahnya.

Lelaki terbabit, Gu, mengaku mencuri-telur-telur itu dari kilang tempatnya bekerja dan berkata tujuan dia mencuri telur-telur itu untuk dimakan olehnya sendiri.

Lebih dari itu, telur-telur yang ditemui itu turut tercatit tarikh bila ia perlu dimakan yang ditulis sendiri oleh pencuri berkenaan.

Pencuri berusia 47 tahun itu ditangkap oleh polis ketika cuba menyeludup keluar dua beg tangan yang mengandungi telur dari kilang tersebut. Ketika menyerbu rumahnya, polis menjumpai 1,000 biji telur di dalam peti ais bersama-sama dengan daging, sabun, beberapa kotak tisu dan berbotol-botol sabun pencuci.

Menurut pengawal keselamatan yang bekerja di sebuah kilang di Bandar Pinghu itu, dia sendiri sudah lupa berapa biji telur yang sudah dicurinya

"Saya sudah tidak tahu berapa kali saya mencuri. Mungkin sudah beratus kali.", katanya.



Jurucakap kilang terbabit berkata: "Kami juga turut terkejut kerana seorang pengawal keselamatan yang melakukannya(mencuri telur).

"Kami sangkakan dia seorang yang rajin dan pengawal yang suka bekerja shif malam kerana dia tidak mempunyai ahli keluarga".

"Sekarang kami sudah yang dia lakukan semua itu semata-mata untuk mencuri tanpa dilihat orang lain", katanya lagi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "