Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Persaingan Sengit Antara Hadi dan Ahmad Untuk Jawatan Presiden PAS

21 Mei 2015


KUALA LUMPUR: Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS menyaksikan pertandingan satu lawan satu, setelah diumumkan Jawatankuasa Pemilihan parti itu, semalam.

Jawatan Presiden bakal ditandingi oleh penyandang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas Naib Presiden, Ahmad Awang.

Manakala bagi jawatan Timbalan Presiden menyaksikan pertandingan sengit antara Mohamad Sabu dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, demikian dipetik dari Antarapos

Enam calon pula mengesahkan akan bertanding bagi jawatan Naib Presiden, iaitu Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub, Idris Ahmad, Datuk Iskandar Samad, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Anak Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, iaitu Nik Abduh mengesahkan akan mencabar Suhaizan Kaiyat bagi jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat. 

Bagi jawatan Ketua Muslimat PAS, penyandang, Siti Zailah Mohd Yusoff bakal dicabar bekas penyandang, Nuridah Salleh.

Seramai 55 calon pula akan merebut kerusi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "