Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

PAS Saran PM Terima Pelawaan Debat Tun M

17 Mei 2015


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak agar menerima pelawaan debat oleh Tun Mahathir Mohamed demi membersihkan nama selepas dituduh 'menipu'.

"Wajarlah Najib berdebat dengan Dr Mahathir apabila bekas Perdana Menteri itu sudah menyatakan kesudiannya dan menuduh beliau ‘tak pernah cakap betul, selalu bohong’.

"Itu adalah satu tuduhan yang berat bagi seorang Perdana Menteri," katanya memetik laporan mStar.

Menurut Pesuruhjaya PAS Pahang itu, Najib semalam telah menyatakan bahawa hutang RM42 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini tersimpan dalam bentuk tanah Tun Razak Exchange (TRX) seluas 28 hektar (70 ekar) dan Bandar Malaysia seluas 200 hektar (500 ekar). 

"Jika benar apa yang dikatakan Najib, maka ini adalah satu pengakuan bahawa 1MDB sudah habis menggunakan RM42 bilion yang dipinjamnya, dan sekarang terpaksa bergantung pada pembangunan TRX dan Bandar Malaysia untuk melangsaikan hutangnya.

"Bukankah ini satu bola tanggung kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berkata bahawa dakwaannya mengenai 1MDB benar selama ini," soalnya.

Semalam, Tun Mahathir menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan Presiden Umno itu bagi merungkai persoalan membabitkan syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan itu. 

Mantan Perdana Menteri itu adalah antara individu yang lantang mengkritik pentadbiran Najib akhir-akhir ini, yang disifatkannya lemah dalam mentadbir negara. -Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "