![]() |
Gambar : MyMetro |
Memetik laporan dari MyMetro, perintah terbabit yang membenarkan kesemua lelaki tersebut ditahan reman sehingga Rabu telah dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Rendah, Muhammad Firdaus Abdul Rahim.
Mereka yang ditahan berusia sekitar 17 tahun hingga 36 tahun.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata maut dalam rusuhan dan juga Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.
Insiden rusuhan yang berpunca dari rasa tidak puas hati penyokong Terengganu terhadap pengadil kerana membatalkan gol keempat pasukan mereka berlaku di dalam dan juga di luar stadium bermula kira-kira jam 10.45 pada minit-minit akhir perlawanan tersebut. - Siakapkeli.my