Wanita tersebut, Endang Titien Wapriyustia, 50, mendakwa suaminya itu tidak pernah memberi nafkah dan juga menipu untuk membeli rumah mewah dan kereta yang dibuatnya sebelum mereka berkahwin.
“Saya serius membela hak saya sebagai perempuan dan isteri yang disakiti suami yang mahu bernikah dengan wanita lain,” katanya.
Dia juga telah membuat laporan di Unit Perlindungan Perempuan dan Anak bagi menuntut haknya dan meminta suaminya itu memunaikan tanggungjawabnya.
Endang berkahwin dengan Redi pada 8 Mac tahun lalu telah meminta supaya suaminya menepati janji membeli rumah mewah dan kereta untuk dia serta anaknya.
“Redi hanya memberi saya wang sebelum berkahwin dan itu untuk majlis perkahwinan kami.
“Wang perbelanjaan setiap bulan tidak pernah diberi suami saya,” jelasnya.
Selain itu, beliau melahirkan rasa kecewa dengan Redi kerana mengaku duda kerana mahu berkahwin dengan Wina, 40, selepas merancang membeli rumah wanita itu.
Wina sebelum telah menjadi popular di laman sosial selepas dia telah memuat naik iklan menjual rumah dengan kepsyen ‘beli rumah saya bonusnya bisa menikah dengan saya’ di mana turut menjadi viral sehinggal ke Malaysia.
Ketua Unit Perlindungan Perempuan dan Anak polis Solo, Hastin Marhadjanti berkata, Endang telah pun menyerahkan bukti Redi adalah suaminya dengan menyertakan buku nikah dan gambar perkahwinan.
“Kes ini disiasat mengikut undang-undang kekerasan rumah tangga yang membawa hukuman penjara tiga tahun,” katanya. - Siakapkeli.my
fuhhh..
BalasPadammacam2 isu