Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Abe Mail, Anak Kecil Tabah Derita Hidapi Tujuh Penyakit Kronik Sejak Dilahirkan

23 Mei 2015
One Comment


Ismail Zhafran bin Azizul, seorang bayi kecil comel dilahirkn pada 28 oktober 2014 yang kini berumur 8 bulan merupakan anak kecil yang tabah dan kuat.

Mana tidaknya dari dilahirkan sehingga kini, anak kecil ini terpkasa menanggung begitu banyak penyakit kronik yang tidak dapat dibayangkan oleh kita sendiri deritanya kalau sakit itu ada pada kita yang sudah dewasa.


Semasa dilahirkan Ismail Zhafran atau nama panggilan manjanya Abe Mail tidak mempunyai lubang dubur dan semasa berumur dua hari dia telah menjalani pembedahan Stoma.

Selain itu, Abe Mail turut menjalani pembedahan lain semasa berumur lima hari kerana dikatakan saraf tunjangnya terbuka. Anak kecil ini turut mengalami pendarahan pada kepala dan kepalanya mengalami bengkak air.


Bukan sahaja derita tersebut dialami beliau, semasa dilahirkan dia hanya mempunyai hanya satu buah pinggang iaitu hanya di sebelah kanan, itupun hanya berfungsi sebanyak 12 %.

Semasa dalam proses kelahiran kaki anak kecil ini disahkan patah. Abe Mail juga menanggung sakit jantung berlubang.

Takkala sedang menulis artikel ini, sebak SK memikirkan nasib anak kecil ini. Sungguh besar penderitaan yang dihadapinya.



Menurut ibu beliau, Puan Suhaila. Dia kini buntu kerana pembedahan anaknya semakin dekat tetapi wang untuk pembedahan tersebut masih tidak cukup.

"Untuk meneruskan hidup anak ini, ia memerlukan terlalu banyak wang kerana anak saya ini perlu menjalani banyak lagi pembedahan tapi sumber kewangan amat terhad."

"Saya merayu kepada orang ramai agar dapat membantu anak saya ini dengan menghulurkan bantuan kewangan kerana masa amat dekat membuatkan saya buntu untuk mengumpul wang memandangkan pembedahan sudah tidak lama lagi," katanya.


Menurut puan Suhaila, dia pernah mendapatkan khidmat nasihat dari KPJ Johor, luka saraf tunjang amat-amat perlu dijaga kerana jika terkena jangkitan kuman dalam masa seminggu sahaja Abe Mail boleh pergi meninggalkan kita.

"Buah pinggang dia yang hanya ada satu perlu juga dijaga agar berfungsi dengn baik untuk memastikan ia terus berfungsi." katanya lagi.

Kepada anda yang ingin membantu anak kecil ini boleh menyalurkan bantuan ke:

7613231448 (CIMB)
Suhaila Adam - Ibu
20050032815 (Hong Leong)
Azizul Hussin - Bapa

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi puan Suhaila (Masella Azizul) 0127432843. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. ya Allah.. bantulah adik kecil ini.. sihatkanlah penyakitnyaa aaminn

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "