SINGAPURA: Gara-gara suka merakam video bawah skirt, seorang guru separuh masa dijatuhkan hukuman penjara 24 minggu.
Nantha Kumar Palakrishnan, 34 didapati menggunakan telefon bimbit iPhone4 yang diletak secara sembunyi di dalam beg laptopnya dengan jumlah hampir 60 mangsa.
Selepas beberapa bulan menjalankan aktiviti terkutuk itu, Nantha akhirnya ditahan selepas 'terkantoi' merakam video bawah skirt seorang wanita yang juga pekerja bank di Plaza Singapura pada 26 Ogos dua tahun lalu.
Kejadian itu disedari oleh rakan lelaki wanita berkenaan, yang kemudiannya bertindak merampas beg laptop Nantha dan terkejut selepas mendapati sebuah telefon bimbit yang sedang merakam bawah skirt mangsa. — Siakapkeli.my