Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Peniaga Dilarang Guna Poster 'GST Kami Tanggung' - Kastam

23 Mei 2015

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia melarang penggunaan beberapa slogan yang sering digunakan untuk menarik perhatian pengguna kerana didakwa boleh mengelirukan orang ramai.

Slogan tersebut adalah 'GST Kami Tanggung', 'Anda Beli Kami Tanggung', 'Harga Tak Naik' dan 'GST Kami Bayar'.

Menurut Pengarah GST JKDM, Datuk T. Subromaniam, Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) adalah cukai kepenggunaan yang memang dikenakan setiap barangan dan perkhidmatan yang dijual.

“Slogan ini akan mengelirukan pengguna apabila membeli barang di kedai yang mengiklan contohnya GST Kami Tanggung, padahal perkataan GST itu tetap pula tertera pada resit,” katanya.

Ujarnya lagi, jika GST tidak dinyatakan di atas resit, pembeli yang juga merupakan peniaga tidak boleh menuntut bayaran balik cukai input daripada pihak kastam.

Lebih penting penggunaan slogan sebegitu akan mengelirukan orang ramai dan gagal menyampaikan maklumat tepat berhubung GST.

Sehubungan itu mana-mana premis perniagaan dan PBT yang menggunakan slogan tersebut dalam bentuk poster dan kain rentang perlu menanggalkannya dengan secepat mungkin. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "