Kerajaan Akan Rugi RM800 Juta Jika Cas GST Pada Kad Tambah Nilai Dihapuskan
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengalami kerugian besar sehingga RM800 juta jika Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dihapuskan terhadap kad tambah nilai.
Perkara ini disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ini kerana sebahagian besar pengguna kad prabayar telefon di Malaysia hari ini adalah warga asing.
“Sebanyak dua pertiga daripada pengguna talian prabayar adalah warga asing yang kebanyakannya dari Myanmar, Indonesia dan Bangladesh.
“Jika kamu tanya, saya tidak mahu duit kita dibayar untuk subsidi kepada kad prabayar mereka,” katanya dipetik dari Utusan Malaysia.
Putrajaya turut bercadang akan mengenakan cas tambahan atau mengurangkan nilai kredit tambah nilai apabila kad diaktifkan.
Keputusan akan dibuat dan dilaksanakan selepas tinjauan dilakukan terhadap pengguna.
“Sebagai contoh bagi RM10 nilai kad prabayar terdapat dua pilihan sama ada dijual pada harga RM10.60 atau harga RM10 tetapi dengan nilai panggilan sebanyak RM9.43,” katanya.
Mengulas tentang tindakan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang mahu GST dihapuskan daripada kad prabayar, beliau berkata, ia mempunyai lebih kuasa dalam isu berkenaan.
“Saya harus akui berdasarkan fakta, JKDM lebih berkuasa dalam isu ini. Bagaimanapun dalam sudut teknikal, agak mustahil untuk menarik balik kesemua kad prabayar dan mencetak semula dalam tempoh dua hari,” katanya.
Dato Sri Najib sebelum ini melalui laman Twitternya berkata hanya Shabery layak mengeluarkan kenyataan berhubung isu GST kad prabayar.
"Shabery Cheek Please take charge of the topup issue. Mulai sekarang, sebarang pengumuman kepada rakyat hanya boleh dibuat oleh menteri KKMM saja," kata Najib di laman Facebook dan Twitter miliknya.- Siakapkeli.my
Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
BalasPadamsegera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**