Selepas dikenakan saman kerana memaki seorang anggota polis trafik, pelakon Keith Foo akhirnya tampil memohon maaf.
Kesal dengan apa yang dilakukannya, beliau berkata akan menjadikan isu tersebut sebagai pengajaran untuk masa akan datang.
"Saya minta maaf. Saya manusia biasa yang tidak lari daripada kesilapan.
"Saya menyesal dan mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku, Nasihat saya, jadikan ia sebagai teladan dan patuh kepada arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa," katanya.
Terdahulu, Keith disaman sebanyak RM100 kerana menghina anggota polis berkenaan dengan mengeluarkan kata-kata kesat seperti 'bodoh' dengan tujuan menghina di Jalan Davis, pada jam 4.30 pagi pada 15 Mac lalu. -Siakapkeli.my