SINGAPURA: Pesawat Singapore Airlines (SIA) dalam penerbangan dari Changi, Singapura menuju ke Shanghai, China pada 23 Mei lalu telah dilaporkan hampir terhempas selepas kedua-dua enjin pesawat dikatakan hilang kuasa sementara di udara.
Sehubungan dengan itu, pihak SIA kini sedang punca mengapa pesawat jenis Airbus A330-300 mengalami hilang bekalan kuasa untuk sementara waktu di kedua-dua enjin ketika dalam penerbangan.
Berdasarkan laporan dari laman web penjejak pesawat Flightradar 24, ia menyatakan bahawa kapal terbang SIA penerbangan SQ836 itu dikesan mengalami masalah teknikal ketika berada pada ketinggian 39,000 kaki (kira-kira 11,887 meter) dari paras laut.
Kejadian dikatakan berlaku di selatan Hong Kong pada ketinggian 13,000 kaki di udara sebelum kru SQ836 dapat menghidupkan semula dua enjin yang mati secara tiba-tiba itu.
Singapore Airlines #SQ836 lost power on both engines & lost 13,000 feet before power returned
http://t.co/l0m3uoLds6 pic.twitter.com/IOjO2FujsN
— Flightradar24 (@flightradar24) May 26, 2015
Selepas berjaya menghidupkan kembali enjin pesawat, juruterbang mengambil keputusan untuk mendarat di lapangan terdekat dan akhirnya mendarat selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong, 30 kilometer ke timur pusat bandar raya Shanghai.Pesawat itu dikatakan telah hilang kuasa secara tiba-tiba kerana mengharungi cuaca buruk. - Siakapkeli.my