Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kabinet Lantik Ahmad Husni Handzlah Jurucakap 1MDB

29 Mei 2015
No Comment
Datuk Seri Ahmad Husni Handazlah
SHAH ALAM, 29 Mei - Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Handazlah telah dilantik sebagai jurucakap kerajaan untuk menjawab persoalan berhubung 1MDB.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mah Siew Keong.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat bagai mengelak percanggahan maklumat berkenaan 1MDB.

"Mesyuarat kabinet yang diadakan pagi tadi telah memutuskan untuk melantik Datuk Seri Ahmad Husni sebagai jurucakap untuk (menjawab persoalan berhubung) 1MDB.

"Sebarang maklumat berhubung isu dan perkembangan terkini termasuk hala tuju dan pelan pemulihan 1MDB perlu dirujuk kepada beliau selepas ini," katanya memetik laporan dari Bernama. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "