Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video: Leka Dengan Telefon Pintar, Seorang Lelaki Terpijak dan Dipatuk Ular di Tengah Jalan

29 Mei 2015
No Comment


Tidak dinafikan sudah banyak kes-kes kemalangan dari yang serius sehinggalah yang sangat melucukan akibat menggunakan telefon pintar ketika berjalan dan memandu.

Terkini, seorang lelaki, Tim Malone yang berkerja sebagai Disc Jockey (DJ) di OK Skateland, Oklahoma mendapat pengajaran yang mungkin tidak dapat dilupakannya setelah dia dipatuk ular.

Kejadian tersebut berlaku ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Oleh kerana leka menggunakan telefon pintar, dia tidak menyedari bahawa seekor ular berada pada laluannya di tempat parking kereta.

Dia kemudiannya telah terpijak ular tersebut sebelum ular itu bertindak mematuknya. Dia yang menyedari telah terpijak ular berkenaan kelihatan panik dan menendang ular tersebut.

“Saya terus panik sebaik mengetahui ianya seekor ular dan terus menendangnya,” katanya.

Bagaimanapun dia beruntung kerana ular tersebut bukan jenis yang berbisa. — Siakapkeli.my


7News Boston WHDH-TV
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "