Gaji Pembantu Rumah Indonesia Bakal Naik dari RM800 Kepada RM1,200?
Kuala Lumpur: Satu kertas cadangan penambahbaikan syarat kerja pembantu rumah Indonesia telah dihantar oleh Indonesia kepada Kementerian Sumber Manusia. Salah satu cadangan yang dikemukakan termasuklah kenaikan gaji dari RM800 kepada RM1,200.
Menurut Timbalan Duta Besar Indonesia di Malaysia, Hermono, cadangan kenaikan itu bagi menjadikan pekerjaan pembantu rumah lebih kompetitif.
"Jika dilihat gaji di negara lain, ia adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan gaji yang ditawarkan di Malaysia," katanya memetik satu laporan dari Bernama.
Antara perkara lain yang dicadangkan adalah urusan pemprosesan dokumen dipermudahkan dan caj bayaran sebanyak RM1,800 yang dikenakan kepada setiap pembantu rumah dimansuhkan.
"Kalau kita biasa sediakan saluran rasmi yang lebih efisien, yang lebih murah, gaji yang lebih baik dengan perlindungan yang lebih baik, diharap mereka berurusan dengan saluran yang sah.
"Dan sekarang ini, kita menantikan maklum balas dari Malaysia," kata Hermono. - Siakapkeli.my