Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

KJ Mengingatkan FAM Agar Tidak Terlibat Dalam Skandal Rasuah

29 Mei 2015
No Comment


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin atau KJ mengingatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar tidak terlibat dalam skandal rasuah.

Tambah KJ lagi, perbuatan itu akan memalukan serta merosakkan imej bola sepak sesebuah negara.

"Perkara ini bukan sahaja memalukan tetapi akan merosakkan imej bola sepak negara. Kita perlu mengambil serius dan paling penting, FAM hindar daripada terlibat dalam rasuah," katanya memetik laporan dari Bernama.

Baru-baru ini, beberapa orang atasan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ditangkap oleh pihak berkuasa Switzerland atas tuduhan rasuah dan kesalahan lain yang melibatkan wang bernilai jutaan dolar Amerika. Penangkapan tersebut telah menyebabkan beberapa penaja besar FIFA seperti Coca-Cola, Nike dan syarikat besar lain mahu menarik balik perjanjian tajaan mereka. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "