Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Idea Kerajaan Perpaduan, Rafizi Nafi PKR Pernah Bersetuju Dengan Idea Tersebut

20 Mei 2015
No Comment


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli menafikan bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) pernah bersetuju dengan idea kerajaan perpaduan seperti yang didedahkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam.

Memetik laporan mStar Online, beliau berharap prasiden PAS itu tidak mengheret rakan sekutunya dalam PR  ke kancah masalah dalaman yang tengah dihadapi oleh parti tersebut.

BACA: Anwar Dan Arwah Tok Guru Nik Aziz Sudah Setuju Wujud Kerajaan Perpaduan, Tetapi Ditolak Oleh BN - Hadi Awang

"Saya diberi mandat oleh Biro Politik PKR untuk menafikan sekeras-kerasnya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim atau mana-mana pimpinan parti telah atau pernah bersetuju dengan idea bergabung dengan Umno di dalam sebuah kerajaan perpaduan seperti yang dirujuk oleh Presiden PAS semalam (Selasa).

"PKR berharap kami tidak diheret di dalam persoalan dalaman PAS," katanya.

Semalam, Hadi Awang telah mendedahkanbahawa idea kerajaan perpaduan pernah dipersetujui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Mursyidul Am PAS Arwah Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa krisis di Perak pada tahun 2008.

Menurutnya idea tersebut bagaimanapun tidak diteruskan kerana tidak dipersetujui oleh Barisan Nasional. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "