Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nasib Tiga Anak Kecil Tinggal Daif Dengan Nenek, Bapa Dalam Penjara Dan Ibu Menghilangkan Diri

20 Mei 2015
No Comment


Sayu hati ini takkala membaca kisah anak-anak kecil ini yang hidup bersama nenek serba kekurangan selepas ditinggalkan oleh ibunya dan bapa mereka pula sekarang berada di dalam penjara.

Mereka bertiga masih kecil di mana yang sulung berumur 3 tahun, yang kedua berumur 2 tahun dan dan yang bongsu berumur 8 bulan .

Anak-anak kecil ini sekarang berada dalam jagaan nenek dan bapa saudara mereka. Segala kos perbelanjaan mereka sekarang ditanggung oleh bapa saudara mereka itu yang hanya bekerja sebagai despatch dengan gaji RM1500 sebulan.

Ternyata dengan wang RM1500 itu memang tidak cukup untuk kos perbelanjaan mereka dimana dari gaji itu perlu membayar sewa rumah sebanyak RM500, perbelanjaan bil air, bil elektrik, susu dan bermacam-macam lagi barang keperluan.



Dari gambar-gambar dan sumber maklumat yang diterima SK ternyata keluarga ini amat-amat memerlukan bantuan kita. Tikar getah yang digunakan sudah rosak dan berlubang, tilam nipis dan berbau hapak.

Dari info seorang sukarelawan yang melawat mereka ini, Shanaa Amirah dan Nurul Husna Hj Ani ternyata keluarga ini amat memerlukan tilam, baju kanak-kanak, bantal, susu lactogen langkah 2, pampers size M, botol susu, beras, ikan bilis, telur, gula dan milo.


Kepada anda yang ingin menyerahkan sendiri bantuan sendiri bolehlah berbuat demikian ke  No H10-10-11 , pangsapuri angsana Blok H, tingkat 9, USJ 1, 47500 Subang Jaya Selangor atau hubungi sendiri nenek Mek che yah 010-7740100.

Bagi mereka yang ingin membantu dari segi kewangan bolehlah salurkan ke:

7612696508 CIMB
mohd nordin bin abdul ghani.

Semoga dengan sedikit bantuan kita dapat memastikan anak-anak ini membesar dengan baik dan masa depan mereka lebih terjamin. Setiap apa kita sedekahkan dengan ikhlas, ingatlah ganjaran yang bakal Allah bagi kepada kita berlipat kali ganda. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "