Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bukan Najib Sahaja, Lim Guan Eng Pun Perlu Berundur - Dr Mahathir

19 Mei 2015
No Comment


Jika sebelum ini dilihat Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lantang mengkritik kepimpinan Dato Seri Najib Tun Razak, nampaknya kini giliran Ketua Menteri Pulau Pinang pula disasarkan.

Menurut Tun M, bukan Najib Razak razak sahaja perlu meletak jawatan, malah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga patut berundur.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan salah seorang wakil rakyat DAP iaitu Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.

Ahli Parlimen DAP itu bertanya jika mahu menulis surat kepada Lim dan Najib, apa yang akan diberitahunya.

Tun M berkata kedua-dua pemimpin itu perlu berundur kerana wujudnya perbezaan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan menyebabkan berlekunya suasana politik yang tidak baik.

"Sejak 60 tahun negara ini stabil dan berkembang pesat. Tapi bila kita ada kerajaan yang berbeza di negeri, muncul perkara antagonis, kembali kepada sentimen perkauman dan sebagainya.

"Sudah pasti anda tidak memberikan kebaikan kepada negara. Jadi mungkin lebih baik dua-dua letak jawatan," katanya memetik portal Malaysiakini.

Selain itu Tun M juga ditanya siapakah yang layak menggantikan perdana menteri sekarang, Mahathir hanya menjawab:

"Tiada siapa.

"Kita lihat perdana menteri mempunyai banyak kuasa. Bila ada kuasa yang terlalu banyak, bila dia salah guna kuasa kita tak boleh nak cakap apa-apa," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "