Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tun M Dakwa Najib Tak Menjawab Langsung 13 Persoalan

19 Mei 2015



KUALA LUMPUR: Jawapan Datuk Seri Najib Razak kepada 13 persoalan di dalam blognya baru-baru ini nampaknya masih tidak 'memuaskan' bagi Tun Dr Mahathir Mohamed.

Mantan Perdana Menteri itu menyifatkan Najib langsung tidak menjawab soalan yang terpalit ke arah kepimpinan pemimpin nombor satu negara itu.

"Najib tak jawab apa-apa pun. Saya buat sekarang ini sebab saya tahu dia akan kalah pada pilihan raya," katanya yang dipetik dari Malaysiakini.

Malah Mahathir kembali mempersoalkan jawapan konkrit terhadap persoalan kematian wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan isu hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Itu (Altantuya) mungkin kes lama tetapi hukuman mati diketahui sekarang. Sebab itu saya bangkitkannya. Dia cakap tunggu laporan penuh Laporan Audit, itu bukan jawapan. Sesiapa pun boleh cakap tunggu. Nak tunggu sampai bila," katanya lagi.

Kelmarin Najib menjawab sebanyak 13 tuduhan yang dilemparkan terhadapnya seperti isu pembunuhan Altantuya, hutang 1MDB dan prestasi Umno, yang mana kritikan itu datangnya daripada Tun Mahathir Mohamed, Tun Daim Zainuddin dan Zainuddin Maidin.

Mahathir dalam pada itu juga terbuka dengan ajakannya untuk berdebat dengan Najib bagi merungkai beberapa perkara di dalam blog pemimpin itu.

"Kalau nak debat boleh, tak ada masalah. Saya cuma nak tanya, kalau nak jawab, jawablah. Kalau dia (Najib) nak tanya saya apa, saya boleh jawab," ujarnya. -Siakapkeli.my





Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "