Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Yusuf al-Qaradawi Sifatkan Hukuman Mati Ke Atasnya Dan Morsi 'TidakBoleh Diterima'

18 Mei 2015



DOHA: Ulama terkemuka dunia, Yusuf al-Qaradawi mengkritik hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya, Presiden Mesir, Mohamed Morsi dan 105 penyokong Ikhwanul Muslimin sebagai bercanggah dengan undang-undang Islam.

Melalui rakaman video yang dimuatnaik melalui akaun Twitternya, Yusuf mengulas dakwaan kesemua mereka lari dari penjara pada 2011, dengan menyifatkan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Mesir itu 'tidak boleh diterima'.

“Keputusan itu tidak boleh dilaksanakan kerana ia bertentangan dengan perintah Allah, berlawanan dengan undang-undang manusia. Tidak ada sesiapa yang akan menerimanya,” kata Yusuf dalam kenyataan yang disiarkan Al Jazeera di Qatar.
Sabtu lalu Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati terhadap Yusuf, Mohamed dan 105 penyokong gerakan tersebut. Bagaimanapun ia akan dirujuk terlebih dahulu kepada Mufti Besar Mesir dan akan dimuktamadkan pada 2 Jun nanti.

Ia berikutan dakwaan Morsi bersama pemimpin Ikhwanul Mukminin yang lain melarikan diri dari penjara di Kaherah pada 2011, ketika rusuhan Kebangkitan Arab. Bagaimanapun Yusuf menafikan penglibatannya dengan mengatakan beliau berada di Qatar sewaktu kekecohn tersebut berlaku. — Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "