KUALA LUMPUR: Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin memberitahu sehingga kini pihaknya belum menerima jemputan rasmi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi prosedur siasatan.
Bagaimanapun beliau menegaskan pihaknya akan memberikan komitmen yang sewajarnya untuk menerangkan urustadbir dan urusniaga syarikat itu yang didakwa menanggung beban hutang yang besar.
"Jika mereka jemput, saya pasti akan hadir. Saya masih belum periksa dengan pengurusan, saya belum terima apa-apa lagi," katanya.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rahmat Bivi Abdullah akan dipanggil pada prosedur pertama siasatan PAC, 19 Mei ini.
Dua lagi individu akan dipanggil jawatankuasa itu pada 26 Mei depan, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO pertama 1MDB, Datuk Shahrul Ibrahim Halmi.
Dua prosedur siasatan ke atas 1MDB itu disahkan oleh Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamad, semalam.
Meskipun dikritik pelbagai pihak, Lodin menegaskan 1MDB tidak akan menyembunyikan apa sahaja maklumat daripada pengetahuan orang ramai.
Baru-baru ini 1MDB dipalit skandal Tabung Haji yang membeli sebidang tanah daripada projek Tun Razak Exchange yang telah 'didiskaunkan' yang bernilai RM188.5 juta.
Namun selepas dikecam, Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kemudiannya mengumumkan menjual semula tanah tersebut atas nasihat Datuk Seri Najib Razak.