Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Remaja Derita Sakit Kaki Membengkak Dan Membesar

29 Apr 2015
No Comment


CHINA: Seorang pemuda berusia 21 tahun daripada Chongqing telah dirawat di Southwest Hospital pada 27 April lalu kerana menghidapi masalah kaki membesar dan membengkak.

Kakinya telah membengkak sehingga saiz kasut 29 iaitu panjang 43 cm dan tebal 14cm.

Lelaki tersebut, Liu Huichang kini sudah tidak sanggup lagi menanggung sakit dan masalah tersebut dan beliau berharap pembedahan terhadap kakinya boleh dipercepatkan.

Beliau yang merupakan pekerja kilang pembungkusan telah menjalani tiga pembedahan sebelum ini sehingga doktor mencadangkan kakinya dipotong namun ditolak oleh beliau.

Liu kini tidak boleh berjalan dan hanya terbaring di atas katil malah beliau terpaksa meminta neneknya untuk membuat kasut kepadanya,


Neneknya yang berusia 70 tahun itu telah menggunakan kain kanvas untuk menjahit kasutnya walaupun matanya sudahpun rabun.

“Saya sudah memakai 20 kasut dalam tempoh 16 tahun dan selain itu saya juga berdepan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan.

“Mujurlah guru saya membantu saya mendapatkan pekerjaan di kilang pembungkusan ini,” katanya.

Lui telah menyimpan hasrat untuk bermain bole keranjang apabila kakinya sembuh bgaimanapun doktor memaklumkan jika pembedahan itu berjaya, kaki Liu tidak akan sama semula dan apa yang diharapkan oleh doktor ialah kakinya akan kembali ke saiz normal. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "