Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ozlyn Pernah Izinkan Johan Gadai Barang Kemas Hadiah Perkahwinan Untuk Tampung Keperluan Harian

29 Apr 2015
No Comment


Johan Raja Lawak bukanlah nama asing lagi bagi semua rakyat Malaysia tidak kira lapisan masyarakat kerana pasti ramai yang kenal beliau dengan celoteh dan telatah lawaknya memang menghiburkan semua orang.

Di mana saja Johan melakukan "show" atau "shooting" pasti adanya isteri tercinta walaupun pernah mengakui dia bukanlah pengurus Johan tetapi lebih kepada sebagai seorang penasihat dan pemerhati.

Memetik temubual Johan dan Ozlynn bersama Portal Utusan Online, Ozlynn mengakui merasa bangga dengan Johan dan menganggap suaminya itu anugerah yang terbaik dari Tuhan kepada kehidupannya kerana lelaki itu seorang yang baik dan sering mendahulukan keluarga dalam apa jua pun.

“Sama seperti isteri lain, tentunya melihat kejayaan suami sendiri mendatangkan kepuasan buat diri ini. Maklumlah, kami pernah susah bersama-sama. Tidak ramai yang tahu, pernah satu ketika, saya terpaksa membenarkan dia menggadai barang kemas hadiah perkahwinan untuk makan seharian. Bayangkan, bagaimana susahnya kami waktu itu”

“Namun saya bersyukur sangat. Melewati waktu sukar itu, Allah limpahkan rahmatnya. Hubungan yang baru saja kami bina itu menjadi semakin kukuh dan utuh. Malah, kami jadi semakin sayang, tidak pernah bergaduh walaupun dalam keadaan langsung tidak berduit,” cerita Ozlyn.


Menurut Ozlynn lagi, saat yang amat menyedihkan dalam hidup mereka dimana ketika dalam kesempitan wang, mereka terpaksa memberikan air kotak kepada anak untuk menggantikan susu sebab tidak cukup duit.

"Sikap positif yang dimiliki Johan jugalah yang membuatkan saya bersyukur apabila diberikan kesusahan di awal dahulu dengan dia. Pengalaman itu menjadikan kami saling menghargai ," katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "