Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kisah Di Sebuah Restoran KFC Yang Akan Membuatkan Anda Terharu

29 Apr 2015
2 ulasan


Rakyat Malaysia terkenal dengan keramahannya tidak kiralah Melayu, Cina, India, Kadazan,Bidayuh dan pelbagai lagi suku kaum yang ada. Semuanya hormat menghormati walaupun kadang-kadang ada sedikit tercubit.

Hari ini SK terbaca satu komen yang amat menyentuh hati, apabila membaca satu persatu ayat yang ditulisnya, hati SK sungguh rasa terharu apabila dia menceritakan betapa harmoninya rakyat Malaysia disebalik kejadian ini.

Kisah ini diceritakan oleh seorang lelaki pengguna Facebook yang menggunakan nama Riff Mohd tentang satu kejadian ringkas yang berlaku di sebuah restoran makanan segera KFC.

Beliau telah emnceritakan bagaimana seorang lelaki telah menolong seorang Uncle berbangsa Cina dimana kerana pertolongan dia itu telah membangkitkan semangat hormat menghormati antara kaum di dalam restoran tersebut.

Berikut adalah tulisan beliau dan bersama kita menghayati dengan mencontohi apa yang dilakukan oleh pemuda ini.

Uncle, kita semua Malaysia.

Aku lihat seorang hamba Allah, sedang beratur di kfc. Tinggal lagi seorang di dalam barisan, tibalah giliran dia.

Kemudian dia menoleh ke belakang, 13 orang dalam barisan. Dia terlihat seorang uncle berdiri beratur sama, dan cucunya sdg bermain bersama si nenek.

Sewaktu tiba giliran hamba Allah untuk buat order, dia melambai uncle tersebut.

“Uncle, mari sini.”

Uncle pun terus ke depan seolah tahu.

“Uncle boleh buat order dulu, kita tukar tempat, saya sambung baris uncle.”

Hamba Allah tersebut pun berjalan beratur di barisan belakang.

“Terima kasih semua, maaf melambatkan.” katanya.

Belum lama dia beratur, seorang abg datang ke belakang dan menarik tangan hamba Allah tersebut.

“Bro, you pergi baris depan buat you punya order.” kata abg tersebut

“Eh, tak apa bang, ramai yg beratur dari tadi, saya tak berebut. Tak apa, tak apa.”

Kemudian hamba Allah tersentap.. beberapa bersuara..

“Tak apa adik, you ambik akak punya baris.”

“I’ll give you my queue, I’m not in rush.”

“Bro, pegi balik depan bro nanti kami tak buat order.”

Dan banyakan memandang, hamba Allah segan dan rasa terharu.. Dia pun akur dan kembali di dalam baris..

“You semua hati banyak mulia. Thank you. This is Malaysia.” kata uncle sambil membawa snack plate butter garlic chicken buat cucunya.

n shaa Allah, jangan segan untuk mendahulukan mereka yg tua, kurang upaya dan ibu mengandung.

Kita semua Malaysia, kita semua cantik luar dan dalam.

In shaa Allah.
Terima Kasih Malaysia.


Hebat,  memang tersentuh SK baca pos ini. Ia sikap yang patut dicontohi oleh semua orang di negara kita. Hormati golongan warga emas, hormati mereka yang kurang upaya dan hormati ibu mengandung terutama di tempat tumpuan awam seperti di dalam tren,bas dan juga di hospital atau pun dimana-mana sahaja. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam
  2. Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "