Najwa Latif Becita-cita Mahu Jadi Seorang Pensyarah Sambil Menyanyi Sambilan
Mungkin ramai yang tertanya-tanya kemana menghilangnya Najwa Latif sejak kebelakangan ini. Najwa yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku sejak kebelaknagn ini amat jarang muncul dikaca televisyen mahupun media.
Artis yang dikenali bakatnya melalui Youtube ini dikatakan menyambung pelajarannya dan beliau kini memilih untuk menumpukan perhatian penuh kepada pelajaran.
Najwa yang menyambung pelajaran di Universiti Tun Abdul Razak Kampus kelana Jaya pada hujung tahun 2013 lalu dengan mengambil bidang pengurusan.
Menurut Najwa, menyanyi adalah minat dan hibinya dan sebenanrnya dia menyimpan impian untuk menjadi seorang pendidik.
“Saya menyanyi sebagai hobi yang menjadi sumber pendapatan secara tak sengaja. Jika ditanya apakah cita-cita sebenar, saya memang mahu menjadi pendidik.
“Jika ada rezeki, saya akan menyambung pengajian hingga peringkat sarjana untuk melayakkan saya menjadi pensyarah. Itulah matlamat hidup saya sejak dulu" katanya - Siakapkeli.my