Mayat Pendaki Bergelimpangan Di Atas Gunung Everest
Suasana di atas Gunung Everest tidak ubah sepeti dilanda taufan yang membawa salji semasa kejadian gempa bumi berlaku.
Salji-salji tebal beterbangan mehalang pemandangan yang menyebabkan ramai pendaki melarikan diri untuk menyelamatkan diri. Ada yang cedera dan ramai yang meninggal kerana terkena batu keras semasa melarikan diri dan ada juga yang jatuh dari lereng-lereng gunung.
John Reiter yang merupakan seorang pendaki yang berada di atas Gunung Everst menceritakan kejadian tersebut ketika ditemuramah CNN.
Selepas kejadian beliau cuba menyelamatkan pendaki-pendaki lain tetapi kebanyak sudah mati dan ada juga yang dihempap oleh batu dan ais.
Ada yang cedera dan beliau cuba memberi semangat kepada mereka untuk meneruskan perjuangan untuk terus hidup.
Menurut Reiter bersama dia sahaja pendaki yang meninggal mencecah 17 orang dan telah berjaya diturunkan.
Selain itu, seorang tentera India yang menyertai operasi menyelamat, Kol Rohan Anand, setakat sekarang mereka telah menurun 14 orang mayat pendaki dan jumlah mayat akan dibawa turun akan bertambah lagi.
Gempa bumi di Nepal setakat ini telah mencatatkan jumlah kematian seramai 7,624 dan ia dijangka terus meningkat ketika pekerja menyelamat masih berusaha mengeluarkan mayat dari kawasan runtuhan.- Siakapkeli.my