Siapa sangka, bermula dari rumah menggunakan sebuah mesin jahit, dan niat nak bantu menambahkan pendapatan seisi keluarga, jenama Sabella kini mampu berdiri gah dengan pembukaan kilang seluas 30,000 kaki persegi.
Alhamdulillah, pembukaan tahun baru 2020 yang penuh makna dan menjadi sejarah buat Tuan Mohd Sufian Sulaiman dan isteri, Puan Siti Fatimah Abd Samad, pemilik Sabella Holding Sdn Bhd kerana pada tarikh 1 Januari 2020 mereka telah mengadakan majlis perasmian kilang baru yang besar yang dirasmikan oleh Dr Azizan Osman.
Berlokasikan kawasan perindustrian yang kebanyakan kilangnya dimiliki oleh jenama terkenal yang ada di Malaysia, berdiri megah kilang milik ahli Titanium #AnakDidikDrAzizan yang pada asalnya hadir ke Program RichWorks dengan jualan di bawah RM30,000 sebulan.
Cerita Tuan Sufian Sulaiman, Puan Siti Fatimah pernah berniat - "Jika Allah bantu aku hari ini, maka aku akan bantu lebih ramai orang yang susah dari aku sekarang." Itu niat Puan Siti ketika dia berhasrat untuk memulakan perniagaannya. Daripada niat itu, dengan izin Allah ia berubah menjadi datangnya punca rezeki yang melimpah tanpa mereka sedar. Kini, Sabella membantu menjadi sumber pendapatan kepada ejen dan dropship dan juga kepada kakitangannya.
Sambung Tuan Sufian lagi dalam nada sebak sambil mengenang perjalanan bisnesnya, Puan Siti dulunya struggle menjahit 100 helai tempahan hingga jari bengkak, sakit dan tak boleh bergerak. Tetapi Puan Siti tetap berusaha menyiapkan tempahan baju dan memastikan pelanggannya dapat apa yang mereka nak. Puan Siti bersungguh-sungguh nak bantu Tuan Sufian menambahkan pendapatan dan beliau sendiri tak nak hidup susah.
Tuan Sufian pernah berkongsi kisah dengan kami, pendapatannya sebagai pelukis pelan dan duduk di tengah bandar membuatkan mereka tergolong dalam golongan miskin bandar.
Alhamdulillah, struggle dan susah payah di waktu awal berniaga membuahkan hasil apabila mereka mula dapat order yang makin banyak. Mereka mula mencari mentor bisnes dan mula bertemu dengan Dr Azizan Osman serta hadir ke Program RichWorks. Asbab berMenThor dengan Dr Azizan Osman, mereka juga boleh upgrade bisnes daripada 1 mesin jahit kepada lebih 30 mesin jahit, mula menyewa 1 kedai ‘corner lot’ dan menambah jumlah pekerja.
Peningkatan perniagaan Sabella yang mengeluarkan dan memasarkan baju kurung tanpa gosok ini sangat pantas. Jika dulu setiap department syarikatnya diisi oleh mereka berdua sahaja, tapi sekarang empayar bisnes Sabella diisi dengan lebih 100 orang kakitangan.
Bukan itu sahaja, jika dulu sales mereka yang hanya RM1 juta setahun meningkat kepada RM24 juta dalam tempoh 3 tahun setelah berMenThorkan Dr Azizan Osman. Dan lebih membanggakan pembukaan kilang baru mereka tidak menggunakan pinjaman daripada bank. Semua itu hasil daripada bisnes beliau.
Tapi bagi Tuan Sufian, apa yang orang nampak kejayaan Sabella hari ini adalah bermula daripada kepayahan hidupnya dulu. “Kami dulu pernah susah sampai tak ada duit nak beli susu untuk anak sehinggakan terpaksa gunakan susu pekat manis yang dibancuh air kosong dan beri kepada anak sebelum tidur. Pada masa ‘tu memang tak ada duit. Kami tak ceritakan ini kepada sesiapa sebab tak nak susahkan orang lain.”
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapanya yang sangat menyokong perniagaan mereka dan juga kepada MenThor kesayangan mereka, Dr Azizan Osman yang sentiasa membimbing mereka.
Kami di RichWorks mengucapkan jutaan tahniah kepada Tuan Sufian Sulaiman dan Puan Siti Fatimah di atas pembukaan kilang Sabella. Kami berharap kisah ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan di luar sana untuk berusaha cari ilmu dan bertindak mengembangkan bisnes mereka sehingga mampu buat jualan mencecah jutaan ringgit setahun.
Kami baru sahaja menutup pendaftaran ke Program Nak Ubah Hidup Januari 2020. Memandangkan masih ramai yang mahu mendaftar ke Program Nak Ubah Hidup dan jika anda seorang usahawan yang nak tingkatkan bisnes 10 kali ganda di tahun 2020, kami mengajak anda untuk mendaftar sekarang dan jadi antara 100 pertama yang dapatkan tawaran ke Program Nak Ubah Hidup 2020.
#AzizanOsman
#TeamRichWorks
#ResultMatters
#NakUbahHidupMac2020

Klik www.NakUbahHidup2020.com.
#AzizanOsman
#TeamRichWorks
#ResultMatters
#NakUbahHidupMac2020