Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Picit-picit? Picit Apa Ni, Macam Fun Je, Rupanya 5 Juadah Malaysia Ni Lagi Enak Kalau Dimakan Dengan 'Barang' Viral Ni

23 Dis 2019
No Comment

Duduk di Malaysia memang beruntung sebenarnya kan. Selain negara aman damai, rakyatnya peramah, kita juga dirahmati dengan kekayaan tradisi makanan yang sedap-sedap daripada pelbagai budaya, baik tempatan mahupun luar.

Korang juga tentu ada favourite foods yang korang makan tak kira waktu, sama ada sebagai side dish makan tengah hari ataupun kuih untuk minum petang kan.

Tak kisahlah korang mak-mak yang suka sediakan makanan kat rumah, student ataupun yang keluar pagi awal ke tempat kerja, korang wajib cuba 5 juadah ni.

Bukan tu je, 5 juadah ni selain sarapan pagi, korang sebenarnya boleh buat dirumah atau beli dari kedai dan boleh dimakan bila-bile je yang korang mahu.

Roti Bakar


Foto: Eat Station Food Court

Well, apa kata korang mulakan pagi dengan sarapan roti bakar. Siapa je yang tak suka roti bakar kan. Tambah-tambah kalau singgah kejap dekat mamak, roti bakar salah satu sarapan yang wajib dicuba.

Simple dan tak makan masa yang lama. Memang enak sangat-sangat kalau dimakan dengan Teapot Squeeze Tube Perisa Pandan ataupun Gula Melaka.


Apam balik

Foto: Wikipedia

Satu lagi yang korang boleh try untuk pujuk selera korang adalah dengan mencuba apam balik. Yang ni korang boleh beli waktu balik dari kerja ataupun hujung minggu di mana-mana je pasar malam yang ada dibuka.

Ada macam-macam perisa apam balik tapi bagi kami, apam balik memang sedap sangat-sangat dimakan dengan Teapot Squeeze Tube Perisa Gula Melaka.


Kuih Ketayap

Foto: Cik Matahariku

Yang ni memang best kalau korang buat waktu menang petang. Tambah-tambah musim cuti sekolah ni, apa kata korang ajak anak masuk dapur buat sama-sama. Nak eratkan family bonding macam tu kan.

Selalu orang buat kuih ketayap ni perisa pandan, mungkin anda ada idea lain tapi bagi kami, kuih ketayap enak dimakan dengan Teapot Squeeze Tube Krimer Manis.


Lompang, Bika Pandan


Ditemani secawan kopi panas, rasa kuih tradisi kita ni memang bertambah-tambah sedapnya. Sambil-sambil korang buat kerja korang tu, tak salah rasanya ditemani dengan lompang atau bika pandan.

Nak lagi sedap, gunalah Teapot Squeeze Tube Perisa Pandan sebagai topping, memang gandingan yang sangat mantap.


Cakoi

Foto: Usia Muda

Cakoi supergebu adalah salah satu makanan yang sangat enak dijamah, tak kiralah untuk sarapan ataupun minum petang.

Makan kat office ramai-ramai dengan rakan staf lain, memang layan sangat.

Yang ni pun kami rasa senang nak buat, takpun beli je kat kedai kan. Rasa cakoi memang sangat enak jika dipadankan dengan Teapot Squeeze Tube Perisa Pandan.


Macam yang kami kata tadi, kelima-lima juadah tu enak sangat untuk dimakan kalau digandingkan dengan Teapot Squeeze Tube.

Kami dah try, memang puas hati sangat-sangat. Kena dengan tekak dan paling penting, mudah untuk korang dan kami guna. Kat mana-mana je rasa nak picit, terus boleh picit. Hehehe.


Datang dengan tiga perisa, Pandan, Gula Melaka dan Krimer Manis, rasa juadah-juadah kat atas tu makin sedap apabila dimakan sekali dengan salah satu daripada 3 perisa tu.


Contohnya makan cendol atau ais kacang, korang boleh letak dalam handbag, kalau rasa ais kacang or cendol tak cukup manis, keluarkan je Teapot Squeeze Tube dan terus picit dalam bekas.

Memang mudah sangat-sangat korang nak guna dekat mana-mana je.

Kalau kat tempat kerja, Teapot Squeeze Tube Krimer Manis tu korang boleh guna waktu nak bancuh air, basahkan tekak sambil-sambil siapkan task yang boss bagi kan. Tak pun, makan dengan kuih-muih, pun boleh juga.


Waktu beramah mesra ataupun berkumpul ramai-ramai untuk bersembang, contoh makcik-makcik kat kampung ke duduk semeja dengan jiran-jiran, mesti nak kena ada kuih-muih untuk dijamah sambil borak-borak kan. Apa kata, gandingkan saja dengan Teapot Squeeze Tube Pandan, mesti naik punya selera makan tu.

Foto: Facebook

Untuk Teapot Squeeze Tube Gula Melaka pula, semestinya untuk digandingkan dengan cendol atau ais kacang.

Memang memudahkan sangat-sangat bila korang boleh bawa je kemana-mana Teapot Squeeze Tube. Letak je dalam beg tangan ataupun beg galas. Nak guna, bawa keluar dan terus picit atas ABC korang. Confirm, bertambah sedap.


Yang kaki lepak mamak tiap-tiap malam ataupun lepas kerja pulak, apa kata try roti jala dengan Teapot Squeeze Tube Pandan pula. Asyik makan dengan kari je, sekali sekala tukar kuah apa salahnya kan.


4 situasi kat atas sebenarnya nak bagitau Teapot Squeeze Tube ni memang mudah digunakan, tak kira kat mana korang berada, apa yang korang tengah buat ataupun apa yang korang tengah makan. Semuanya jadi mudah dengan Teapot Squeeze Tube.


Paling menarik, Teapot Squeeze Tube dijual pada harga yang sangat berpatutan berbanding jenama-jenama lain. Korang boleh dapatkan terus melalui belian atas talian di Lazada atau di mana-mana pasaraya terkemuka

#TeapotSqueezeTube #SekaliPicitPastiNakLagi

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "