Kalau cakap pasal diskaun, siapa je yang akan tolak? Zaman sekarang ni banyak perkhidmatan yang tawarkan ganjaran menarik menerusi beberapa medium pembayaran antaranya melalui Boost app.
Apalah gunanya teknologi sehebat ini diperkenalkan kalau kita tak guna. Betul tak?
Aku nak kongsi pengalaman aku dengan aplikasi Boost yang buatkan aku ternganga besar dan senyum lebar sepanjang hari.
Untuk korang yang tak tahu kegunaan aplikasi Boost, Boost merupakan aplikasi berkonsepkan e-wallet yang membolehkan korang membuat bayaran tanpa tunai, hanya menggunakan transaksi atas talian.
Boost ni banyak sangat fungsi antaranya topup prabayar, beli baucer, bayar bil, bayar atau beli segala macam makanan atau barangan hanya dengan menggunakan Boost.
Baru-baru ni aku terkejut sangat bila tengok history dalam Boost ni, duit aku bertambah padahal aku baru je bayar bil telefon Celcom aku tu.
via GIPHY
Bila aku check it out rupa-rupanya Boost tengah jalankan kempen 'Your Bill is on us, 100% Cashback'.
Patutlah aku bayar bil telefon Celcom aku RM100, aku dapat balik RM100.
Mana datang RM100 tu?
Kempen 'Your Bill is on us, 100% Cashback' ni membolehkan korang memenangi cashback atau rebat tunai secara 100% setiap hari Selasa bila korang bayar bil telefon Celcom korang pada bila-bila masa dari hari Isnin hingga Ahad. Gempak kan? Kiranya macam bil aku tu percuma je sebab Boost bagi aku balik duit tu. Jimat.
Kempen ni ada 200 pemenang setiap minggu dan jumlah rebat tunai yang akan dikreditkan adalah terhad sebanyak RM100 bagi setiap bil. Banyak tu.
Tapi macam mana pula kalau kau bukan pelanggan Celcom?
Mestilah dapat rebat tunai juga. Tak kisah korang nak bayar bil apa-apa pun termasuk Digi, U Mobile atau Hotlink, korang akan tetap dapat cashback 100%. Berbaloi-baloi.
Cara-cara nak bayar bil korang boleh rujuk gambar dekat bawah ni. Lepas dah bayar bil, korang bolehlah semak history transaksi manatahu korang antara yang bertuah dapat balik 100% rebat tunai macam aku. Senyum lebar oi!
Kalau korang tengok langkah nombor 6 dia minta korang shake kan? Fungsinya adalah bila korang guna ciri shake ni, korang juga berpeluang mendapatkan ganjaran menarik. Dah la dapat cashback 100%, boleh pula shake, shake dapat reward.
Selain kempen 'Your Bill is on us, 100% Cashback' dan ganjaran shake, shake ni, Boost juga tengah jalankan kempen 'No More Bills' yang membolehkan korang berpeluang untuk menang bil percuma setiap tahun setiap bulan. Tak masuk akal weh.
Korang hanya perlu bayar mana-mana dua (2) bil setiap bulan untuk menjadi 1 daripada 7 orang yang bertuah setiap minggu. Ish, yang ni aku tak boleh lepaskan peluang. Rugi oi. Bayangkanlah bil korang ditanggung setiap bulan. Gila ke tak gila?
Jadi, nasihat aku sebagai pengguna tegar Boost ni, eloklah korang jangan lengah-lengah lagi. Lagi cepat korang guna cara ni, lagi banyak ganjaran korang boleh dapatkan dengan serta-merta sementara kempen ni tengah berjalan. Kalau tak nanti, meloponglah korang tak dapat apa-apa.
Korang memang selalu bayar bil kan? Kalau murah hati, bayar sekali bil kawan-kawan. Banyak benda boleh dapat kalau bayar guna Boost, rebat tunai dapat, shake reward pun dapat.
Aplikasi Boost ni boleh dimuat turun sekarang bagi pengguna Android dan iOS. Dah, pergi sana download App Boost ni laju-laju dan ikuti Boost di laman media sosial sekarang. Adios.
Bacaan
Hangat
Terkini
Viral