Mereka yang lahir pada tahun 60 hingga 90-an pasti akan kenal beberapa jenama keluaran F&N yang memang ''legend'' satu ketika dahulu seperti susu cap junjung, susu Magnolia, susu F&N, Kodial F&N dan pelbagai lagi.
Seperti susu Cap junjung, ternyata ramai antara kita pasti mencari produk ini lagi, kalau dicari di internet perkataan susu cap Junjung legend, ramai yang masih mencari dan mengenang susu ini yang ternyata dahulunya memang menjadi antara pilihan utama rakyat Malaysia.
Antara screenshot yang boleh didapati di google |
"Lekaslah besar, simanja ku sayang..minumlah susu cap junjung" satu ayat yang ternyata masih terngiang-ngiang di telinga anda. Memang kenangan beb!.
Susu Magnolia dalam bentuk segitiga, memang sedap tak terkata zaman kecil dahulu, susu ini selalunya dibiar beku di makan seperti ais krim. Ianya dikatakan terkenal di Singapura tetapi tidak terlepas juga ianya boleh didapati di Malaysia.
Beralih pula ke minuman kordial yang sememangnya amat popular sekali pada bulan puasa atau musim perayaan.
Mengenai kordial ini, bukan nak diceritakan pasal kesedapannya, sebab semua orang dah tahu rasanya yang sedap, tapi penulis cuma nak kongsikan kisah yang pernah tular pada pertengahan tahun 2016 dahulu.
Kisahnya ramai tertanya-tanya siapakah gerangan kanak-kanak di botol kordial F&N berkenaan, gambarnya dikira memang legend dan dipakai sudah berapa lama dan masih digunakan sehingga kini.
Ramai yang beranggapan kanak-kanak berkenaan adalah pelakon Liana Jasmay.
Sama ker? nampak iras-iras, dan pada tahun 2016 dulu segalanya terjawab, rupa-rupanya kanak-kanak di botol berkenaan bukanlah Liyana Jasmay, pemilik sebenar wajah kanak-kanak comel berkenaan adalah Madihah Binti Mohd Firdaus yang telah pun besar panjang.
Insta: dihahmfrds |
Itu hanya beberapa produk, F&N kini sudah jauh mengorak langkah, dari susu cap jungjung, susu F&N yang sudah terkenal tu dan air, F&N sebenarnya memiliki pelbagai produk seperti gambar di bawah.
Dah alang-alang mengenang kisah lama ini, F&N dikatakan akan menyambut ulangtahun ke 135 mereka, sempenan ulangtahun ini pihak F&N berbesar hati untuk menghadiahkan kepada rakyat Malaysia hadiah sebagai tanda penghargaan ke atas sokongan anda selama ini.
Sebanyak RM1,350,000 telah diperuntukkan oleh F&N sebagai hadiah untuk diberikan kepada anda, selalu hari jadi kita orang bagi hadiah, ini hari jadi F&N, mereka pula yang bagi hadiah.
Antara hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah EMAS TULEN 916 seberat 1.35 kilogram bernilai RM 300,000 sebagai hadiah utama, selain itu hadiah SYILING EMAS TULEN 916 seberat 135 gram bernilai RM 30,000 setiap satu untuk sembilan orang pelanggan bertuah.
Selain itu, hadiah istimewa berupa replika trak vintaje F&N yang cukup rare x 10,000 biji untuk dimiliki.
Cara pernyertaannya mudah sahaja, dari beli air yang seharian kita minum macam 100+, air F&N, susu F&N, susu cair Carnation, Seasons ice lemon tea dan lain-lain lagi bersama bukti pembelian. Isi borang yang boleh dimuat turun dari link ini BORANG dan hantar ke alamat yang diberikan.
Ada pelbagai jenis produk keluaran F&N boleh dikumpul di mana kebanyakkan adalah digunakan kita dalam kehidupan seharian.
Jadi, tunggu apa lagi, dari membazir buang bekas sahajakan, boleh kumpul dan hantar ke peraduan ini. Mana tahu bernasib baik, untung badan. Untuk Maklumat lanjut sila layari www.fn.com.my.