Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hampir Setiap Hari Pekerja Warga Asing Baru Masuk Ke Negara Kita Termasuk PATI, Ini Adalah Solusi Terbaik Perlu Kerajaan Ambil Tahu

10 Ogo 2018
One Comment

Seperti sudah ramai sedia maklum yang negara kita kini sudah banjiri warga asing yang datang mencari rezeki di bumi bertuah Malaysia ini.

Dari sehari ke sehari, semakin ramai warga asing membanjiri negara kita, bukan sahaja di kota-kota besar bahkan sudah ke pelusuk kampung hampir seluruh negara.

Berdasarkan laporan sebelum ini menyatakan bahawa kaum India di negara ini akan menjadi kaum keempat di mana ianya kemungkinan akan diatasi oleh warganegara Bangladesh yang semakin ramai dan bertambah di negara ini.

Selain itu, berdasarkan laporan MTUC pada 29 Julai 2018, anggaran kasar pekerja asing tidak sah atau dikenali sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI) adalah sebanyak 4 juta orang, manakalah terdapat 2 juta orang pekerja asing dengan izin(PADI) menjadikan jumlah keseluruhan 6 juta orang.

Tahukah anda, kebanjiran PATI menyebabkan negara telah menanggung kerugian yang besar, mana tidaknya mereka ini turut menikmati subsidi kerajaan yang sepatutnya hanya dinikmati oleh rakyat Malaysia.

Masuk dahlah percuma, rumah untuk kemudahan rakyat seperti PPRT mereka guna, mereka juga membeli gula, beras, minyak masak, petrol, bas percuma dan pelbagai-bagai lagi yang merupakan barangan bersubsidi diperuntukkan khas untuk rakyat Malaysia.

Bayangkan, semua 4 juta PATI ini menggunakan barangan bersubsidi ini, bayangkan sehari berapa banyak Malaysia rugi? duit itu patutnya dimanfaatkan kepada kita sebagai rakyat Malaysia.

Kebanjiran Pekerja Asing.

Mungkin kita pernah terbaca, ada pekerja asing merempat di bawah jambatan kerana tiada kerja, ada yang dah bayar ribuan ringgit, tapi sampai Malaysia tidak diberikan pekerjaan dan tiada dokumen seperti dijanjikan.

Tahukah anda, agen ini kebanyakkan sebenarnya bukan dari Malaysia, terdapat sekurang-kurang 10 agensi dari Bangladesh membawa masuk pekerja dari negara tersebut dan hak membawa masuk pekerja asing telah diberikan kepada agensi-agensi ini melalui seorang Dato Sri yang asalnya merupakan warga Bangladesh sendiri.

Itu belum melibatkan ribuan agen-agen Outsourcing haram yang terus datang ke kilang atau majikan di Malaysia, agen haram ini kebanyakan tidak membekalkan pekerja asing mengikut sektor contohnya pekerja yang pakar dalam bidang pertanian di hantar ke bahagian pengilangan dan pembuatan.

Hampir setiap hari pasti ada pekerja asing baru yang masuk, ini menyebabkan berlaku lambakan pekerja asing di Malaysia dan terus bertambah, jadi tak mustahil ada antara mereka bakal menjadi antara bangsa terbesar di Malaysia mengalahkan kaum India yang merupakan kaum ketiga terbesar di kini.

Ramai orang kita dah merungut kawasan perumahan penuh dengan warga asing yang kebanyakan mereka bimbang akan keselamatan mereka yang dilihat sudah tidak terjamin, ada dari Bangladesh, ada Nepal, ada dari Afrika dan pelbagai lagi.

Program ''Rehiring" gagal

Sebelum ini kerajaan dahulu telah melakukan proses ''rehiring'' di mana program pemutihan untuk pekerja asing yang tiada permit kerja untuk mendaftar tampil mendaftar program berkenaan melalui portal MyEG.

Kira-kira 744,942 orang PATI telah membuat permohonan rehiring, dari jumlah itu 515,791 orang telah hadir ke imigresen, dari jumlah hadir, 307,557 orang telah berjaya diputihkan, namun sehingga kini hanya 110,489 menerima PLKS, selebihnya masih tertangguh dan ada yang tidak layak akan dihantar pulang.

Masalah ini sebenarnya seperti menganiaya pekerja asing yang berdaftar ini kerana mereka datang ke sini duit dengan jumlah yang agak besar, memang mereka pekerja asing, tapi mereka tetap punyai hak sebagai seorang pekerja.

Dikhabarkan sebuah kilang elektronik Western Digital dikhabarkan bakal menamatkan operasinya di Malaysia pada tahun 2019 nanti di mana di kilang berkenaan mempunyai 6,500 orang pekerja asing yang berdaftar di mana kesemua mereka akan hilang pekerjaan.

Persoalkan apa akan terjadi jika banyak lagi kilang-kilang lain ditutup, apakah nasib pekerja-pekerja asing, adakah mereka akan diabaikan sehingga menyebabkan mereka merempat di sekitar Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain.

Bagaimana selesaikan masalah kebanjiran pekerja asing?

Sebenarnya masalah ini adalah jalannya di mana terdapat sebuah pertubuhan yang dinamakan Persatuan Pembekal Dan Pengurusan Tenaga Kerja Asing Malaysia atau lebih dikenali sebagai TEKAM.

TEKAM pada tahun 2005 telah dilantik oleh kerajaan di mana mereka boleh mengambil, mengurus dan menghantar pulang pekerja asing ke negara mereka, bagaimanapun semuanya menjadi kucar kacir selepas permohonan pengambilan pekerja asing bagi sub-sektor kargo, dobi, gunting rambut, perniagaan runcit dan borong, perniagaan tekstilm barangan logam, lusuh dan terpakai, spa, dan urut refleksologi, hotel, kedai dan rumah kebajikan telah dibekukan bermula 22 Januari 2009 oleh kerajaan.

Pebekuan ini dilihat tidak masuk akal kerana pekerja secara outsourcing ini telah diamalkan di negara maju seperti Jepun, Korea, Kanada, Singapura, Amerika Syarikat dan UAE yang membolehkan nasib pekerja asing ini tidak terabai sekali gus mengurangkan mereka-mereka ini yang tidak bekerja terlibat dengan jenayah.

Berdasarkan pengiraan, jika kerajaan terkini membuka kembali 'kuasa' kepada TEKAM, jika semua 400,000 orang yang gagal program rehiring ini diserahkan kepada TEKAM, masalah ini akan selesai bakan kerajaan akan memperoleh pendapatan RM800 juta di mana persatuan ini akan mencari mereka-mereka yang mendaftar ini.

Dengan hutang negara yang banyak, jadi keuntungan yang diperoleh daripada pihak outsourcing ini sudah pasti akan berjaya mengurangkan bebanan kerajaan.

Cara ini juga sudah pasti dapat menyelesaikan pertambahan pekerja asing akan dapat diminimakan, gunakan mereka yang tiada kerja ini untuk penuhi permintaan tempatan tanpa perlu dibawa masuk lagi.

Jadi, diharapkan pihak kerjaan baru dapat cakna dengan permasalahan ini, gunalah kemudahan yang ada, utamakanlah warga tempatan kita dalam hal ini, banteraslah agen-agen haram yang kini berleluasa punca kebanjiran pendatang asing ke negara kita yang makin lama makin padat.

















Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Mohon maaf jika postingan ini menyinggung perasaan anda tapi saya hanya mau menceritakan pengalaman pribadi saya yang mengubah kehidupan saya menjadi sukses sekarang. dulu Saya bekerja di Singapura, tapi saya tidak menyerah dengan keadaan saya, tetap ikhtiar. Dulu pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos. sempat saya putus asa,gaji pun selalu di kirim ke indonesia untuk biaya anak sekolah, sedangkan hutang banyak, kebetulan buka-buka internet mendapatkan nomor hp Mbah Suro +6282354640471 katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan Pesugihan Dana Ghaib. dengan keadaan susah jadi saya coba beranikan diri hubungi dan berkenalan dengan beliau Mbah Suro, Dan saya menceritakan keadaan saya. Beliau menyarankan untuk mengatasi masalah perekonomian saya dengan Pesugihan Dana Ghaib nya. Dan alhamdulillah benar-benar terbukti nyata hasil nya sekarang. terima kasih banyak ya allah atas semua rerjekimu ini. Beliau juga bisa bantu seperti Pemasangan nomer Togel,pelet, dll

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "