Penduduk China yang tidak bahagia dengan perkahwinan kini mempunyai cara yang lebih mudah untuk menfailkan penceraian, dengan hanya menggunakan salah satu tetapan yang disediakan melalui aplikasi WeChat.
Walaupun tetapan tersebut masih lagi diperingkat percubaan, namun penggunaannya dijangka akan diperluaskan di seluruh negara tembok besar dunia itu tidak lama lagi. Setakat ini, tetapan pada aplikasi tersebut sedang diuji di wilayah Guangdong, yang menempatkan beberapa bandar besar seperti Guangzhou dan Shenzen.
Melalui fungsi baru yang ditawarkan oleh WeChat itu, pasangan suami isteri yang berhajat untuk memutuskan ikatan perkahwinan boleh membuat temu janji dengan Pejabat Pendaftaran Penceraian melalui aplikasi tersebut yang dilancarkan dua minggu lepas.
Fungsi baru itu mula mendapat perhatian dunia apabila seorang pakar aplikasi WeChat yang menetap di China, Matthew Brennan mengetengahkan perkara tersebut.
Bagaimana ia berfungsi?
Pada bahagian kanan screenshot dibawah menunjukkan paparan home screen di mana ia membenarkan pengguna WeChat untuk menguruskan dokumen peribadi berkaitan untuk tujuan penceraian.
Selain itu, fungsi baru yang ditawarkan oleh WeChat ini turut memerlukan pasangan untuk berkongsi pelbagai maklumat peribadi seperti alamat, nama pasangan dan tempat tinggal semasa anda.
Walaupun ia mungkin kedengaran sedikit aneh buat kita di Malaysia yang mungkin juga mempunyai aplikasi WeChat di dalam telefon bimbit masing-masing untuk bersosial. Namun di China, aplikasi WeChat menguruskan kehidupan harian penduduk di sana dalam pelbagai perkara.
You can now get divorced on #WeChat pic.twitter.com/zUFityFIfy— Matthew Brennan (@mbrennanchina) May 29, 2018
Antara fungsi-fungsi yang ditawarkan oleh WeChat di China adalah menyimpan salinan kad pengenalan dan lesen memandu. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk menguruskan hal ehwal pencukaian dan pendaftaran perkahwinan. Maka tidak hairanlah WeChat turut menawarkan fungsi penceraian pada aplikasi mereka.
Wechat kini mempunyai seramai 1 bilion pengguna aktif di seluruh dunia. Pada tahun lepas, satu kejadian yang mensensasikan aplikasi WeChat apabila seorang hakim di Nanjing membuat panggilan terhadap seorang wanita yang gagal ke mahkamah menggunakan aplikasi tersebut.
Sumber : Business Insider
Update Betting, agen judi online terpercaya dan berpengalaman di Indonesia
BalasPadamDepo/wd hanya 50rb saja.. mari daftar
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877