Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Tiada Model Seksi, 'Fashion Show' Di Arab Saudi Ini Guna Drone Ganti Model Untuk Hormati Kemuliaan Ramadan

8 Jun 2018

Apa yang korang bayangkan bila sebut pasal fashion show? Pasti yang terlintas baju yang cantik dan seksi, dan model baik lelaki atau perempuan yang kacak dan cantik-cantik. Nama-nama seperti Line Kjaergaard, Alyssa TraorΓ© dan Kiko Arai pasti dikenali buat mereka yang mengikuti rapat dunia penuh glamour ini.

Kalau sebut kota-kota mewah di dunia yang menjadi rumah dunia peragaan, yang sering disebut-sebut tentulah kota-kota seperti New York, Milan, London dan Paris.

Tapi lain pula dengan pertunjukkan fesyen yang diadakan di Arab Saudi ini. Yalah, semua pasti sudah cukup maklum dengan negara di Timur Tengah itu yang cukup dikenali dengan perundangan Islamnya.

Boleh ke Arab Saudi jadi penganjur acara sebegitu? Boleh dan mereka punya cara tersendiri. Tambah-tambah ketika di bulan puasa di mana umat Islam dituntut untuk menghormati bulan ibadah penuh mulia ini.

Ini semua gara-gara tersebarnya beberapa klip video di media sosial khususnya di laman Twitter oleh yang menunjukkan bagaimana penganjur di sana menggunakan teknologi dan bersifat kreatif dalam memastikan acara yang dianjurkan mereka berjalan lancar.



Pelik bukan dengan klip video diatas? Pertunjukkan fesyen tanpa model, yang digunakan sebaliknya adalah drone. Mungkin sedikit lucu, tetapi mengikut laporan media antarabangsa, penggunaan drone adalah untuk menghormati bulan Ramadan.


Pentas yang digunakan juga sama seperti pentas yang digunakan oleh model-model dunia yang terkenal untuk mengenengahkan rekaan-rekaan terkini daripada pereka fesyen terkenal antarabangsa.

Agak-agak korang, berapa banyak drone tu di bayar? Hahaha. Apa-apa pun tahniah penganjur di Arab Saudi, anda tahu menghormati sensitiviti agama bahkan cukup kreatif dalam menganjurkan fashion show di sana.

Sumber : Twitter
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Fans^^Bett1nG Judi Online Terpercaya Buruan daftar Yuk ... :)

    BalasPadam
  2. Update Betting : Sbobet, Live Casino, Maxbet, s4bung 4yam, Togel, dll
    minimal dp/wd 50rb.. ayo daftar

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "