Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Israel Dakwa Tiada Niat Bunuh Paramedik Razan Asyraf Najjar, Mangsa Terkena Peluru Yang Tidak Disasarkan Kepadanya

6 Jun 2018

Awal Jun lalu, dunia Islam amnya dikejutkan dengan tindakan zalim tentera rejim Israel yang menembak mati seorang sukarelawan muda yang turun ke jalanan untuk memberi rawatan perubatan kepada penduduk Palestin yang menderita akibat layanan tidak berperikemanusian negara haram tersebut.

Namun semalam, Israel melalui satu kemas kini di akaun Twitter Israel Defence Force (IDF) mengelak daripada untuk bertanggungjawab di atas insiden tersebut dengan mendakwa bahawa mangsa, Rouzan al-Najjar, 20, terkena tembakan yang tidak diniatkan untuk ditujukan kepadanya.
IDF mendakwa bahawa mangsa yang berada di kawasan protes ketika itu tidak menjadi sasaran penembak hendap Israel dan mendakwa bahawa hanya beberapa butir peluru sahaja yang dilepaskan oleh pasukan keselamatan negara itu.

Mangsa yang juga bertugas sebagai anggota paramedik kemudian dengan pantas diangkat sebagai wira dan lambang perjuangan bangsa Palestin. Hingga kini, Rouzan yang biasa dipanggil sebagai Razan merupakan mangsa pembunuhan rejim Zionis yang ke-119 sejak ketegangan meletus ekoran perasmian pembukaan Kedutaan Amerika Syarikat ke Israel di Baitulmaqdis.


Israel sebelum ini seringkali bertegas bahawa ketegangan yang meragut nyawa ramai rakyat Palestin yang tidak berdosa itu berpunca daripada protes yang dianjurkan oleh kumpulan bersenjata Hamas, yang berkuasa di Gaza.

Negara itu juga pada masa yang sama mempertahankan tindakan yang diambil oleh pasukan bersenjata negaranya dengan mendakwa ia dilakukan secara sah dan adil bagi menghalang penunjuk perasaan daripada melepasi pagar yang memisahkan kedua-dua negara. Malah, kata IDF, penggunaan peluru hidup adalah pilihan akhir sekiranya keadaan menjadi semakin tidak terkawal.

Setakat ini, tiada kematian dilaporkan di pihak Israel sejak ketegangan meletus. Manakala tarikh 14 Mei mencatatkan angka korban tertinggi di pihak Palestin yang kebanyakkan maut akibat ditembak penembak hendap tentera Israel.


Kematian Razan nyata diratapi seluruh rakyat Palestin dan umat Islam di seluruh dunia apabila beribu-ribu orang telah menghadiri hari pengebumiannya yang disemadikan di Gaza pada Sabtu lalu. Malah, ada desakkan di peringkat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) supaya satu kenyataan bersama diterbitkan berhubung kegusaran mengenai kematian pekerja-pekerja sukarelawan yang maut akibat tindakan ganas Israel.

Menyangkal dakwaan Israel yang mendakwa Razan terkena tembakan yang tidak ditujukan kepadanya, ada saksi di lokasi kejadian melihat Razan terkena dua atau tiga tembakan yang disasarkan pada bahagian belakang badannya. Ketika itu, mangsa sedang memberikan bantuan kepada penduduk Palestin yang cedera ketika protes berlangsung, beberapa jam sebelum senja menjelma pada petang Jumaat.


Israel dalam pada itu berjanji siasatan akan dijalankan dan laporan akan diserahkan kepada Mahkamah Tentera negara itu.

Penduduk Gaza ketika ini akan mengadakan protes setiap hari Jumaat di sempadan yang dipisahkan dengan pagar. Selain membantah pembukaan kedutaan baru itu, protes tersebut turut diadakan bagi melahirkan kekecewaan terhadap pengepungan yang dilakukan oleh Israel sejak 11 tahun lalu ke atas Gaza. Mereka juga menuntut hak untuk kembali ke tanah milik mereka yang kini dirampas oleh Israel.

Satu resolusi yang dimulakan oleh PBB pada Jumaat yang mengecam tindakan Israel mengepung Palestin selama 11 tahun gagal apabila ia diveto oleh Amerika Syarikat yang mendakwa resolusi itu tidak mengambil kira kepentingan sekutunya di Timur Tengah.




Sumber : New York Times
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, sabung ayam, dll hanya di Update Betting, yukk buruan..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "