Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Gara-Gara Putus Cinta, Lelaki Tembak Bekas Teman Wanitanya Setelah Permintaan Untuk Kembali Ditolak

6 Jun 2018

Gara-gara permintaan untuk kembali bersama tidak disambut, seorang lelaki sanggup menembak hingga mati bekas kekasihnya, dalam satu kejadian yang berlaku di Thailand.

Suspek, Pukkapong Chittarom, 24, menjejaki mangsa, Natchareeya Thaprajit, 21, hingga ke universiti dimana mangsa sedang menuntut untuk membincangkan masalah hubungan percintaan mereka.


Kedua-duanya dilaporkan saling mengenali sejak lima tahun lalu, namun baru sahaja berpisah. Mangsa dikatakan enggan untuk kembali menjalin cinta dengan suspek.

Kejadian tersebut yang berjaya dirakam Kamera Pengawasan Litar Tertutup (CCTV) menunjukkan suspek sedang menanti mangsa di luar dom dimana mangsa tinggal. Mangsa kemudian keluar daripada dom tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi waktu tempatan bersama seorang rakannya sebelum bertembung dengan suspek.


Mangsa, yang merupakan pelajar tahun ketiga dalam bidang logistik perniagaan ketika kejadian dalam perjalanan untuk menuju ke kuliah di Universiti Suan Sunandha Rajabhat berhenti seketika setelah melihat bekas teman lelakinya sedang menunggu di luar.

Bagaimanapun, mangsa dilihat enggan melayan lelaki tersebut dan berulang kali dirakam mahu meninggalkan lokasi kejadian. Ketika mangsa ingin berlalu, suspek dikatakan mengeluarkan pistol dan mengacukan kepada mangsa.

Suspek kemudian bertindak melepaskan tembakan yang tepat mengenai dada mangsa. Mangsa dilaporkan meninggal dunia ditempat kejadian.


Chittarom juga dikatakan menghampiri dan memeluk jasad mangsa yang sudah tidak bernyawa sebelum bertindak menembak diri sendiri dengan mengacukan pistol ke mulut sendiri. Bagaimanapun, cubaan suspek untuk membunuh diri gagal apabila peluru yang dilepaskan sekadar menembusi pipinya.

Petugas kecemasan yang hadir di lokasi kejadian mengesahkan kematian mangsa, manakala suspek dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan kecemasan.

''Kami keluar daripada dom dan Natchareeya merasa amat marah ketika melihat bekas kekasihnya ada di luar. Dia tidak mahu bercakap dengan lelaki itu dan mahu segera ke kuliah.

''Saya memohon maaf, saya merasa amat takut. Saya lihat rakan saya ditembak di depan mata. Apabila saya melihat lelaki itu mengeluarkan senjata, saya melarikan diri. Saya tidak tahu bagaimana dia boleh melakukan perkara ini,'' kata rakan mangsa yang turut dilihat berada di lokasi kejadian berdasarkan rakaman CCTV.

Suspek kini ditahan pihak berkuasa negara itu dan kes sedang disiasat.




Sumber : Pattaya One News
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, sabung ayam, dll hanya di Update Betting, yukk buruan..

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "